Thursday, January 30, 2014

Hatiku Hatimu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Post kali ni nak cakap soal hati.

jeng.jeng.jeng

Bukan hati pada si 'dia' tp pada DIA iaitu Allah s.w.t.

Sebab kan rasa bila lama tak g usrah, daurah or surau(di kampus) ni memang rasa kosong..kosong..kosong..huhu(al maklum lah tgh cuti sem ni kan)

Kadang2 post je kat fb bergempak2 psal nasihat n tauladan tapi hakikat iman n hati hanya DIA je yg Maha Mengetahui. :(

Tapi takpe tak nak putus asa. Biar apa sangkaan buruk kita yg melintas dlm lubuk hati n pemikiran namun mengalah sekali2 tidak.. sebab kita ni manusia. Harusla ada turun naiknya. Tapi janganlah turun tak naik2 pulak.(jerit kat telinga sendiri) >_<

Hati ni sifatnya berbolak balik dan paling berpotensi untuk tidak konsisten-ustaz pahrol

Subhanallah sahabat, so memang normal kita ni manusia sering kali buat dosa namun sy percaya bsetiap daripada kita ni boleh berubah dan menjadi manusia yang hebat. Cuma kita yg da ada sedikit kesedaran ni janganlah nak rasa bagus sangat sampai nak judge orang sebagai pendosa n bakal ahli neraka(speak to myself too)

Kita seolah-olah terlupa yang dulu pun kita macam tu jugak.

Lalai jugak, lagha jugak, jahil jugak. Tapi alhamdulillah Allah beri kesedaran pada kita untuk berubah.

Kita sendiri mesti ingat masa n detik kita untuk berubah kan? Sama ada siapa, apa, bagaimana atau apa yang buat kita berubah itu telah ditetapkan oleh Allah kan. Subhanallah indah sungguh detik itu. Sampai takde kata2 yg boleh describe moment itu. :')

So stop judging people and start living yok.hehe

Tapi sering kali itu hati ini lemah, jatuh n tersungkur dalam mengingatiNYA saban waktu.huhu

Kenapa ek? sebab kita ni ego. Takut sebenarnya nak cakap sebab diri ini melaluinya.huu

Ego ni maksudnya kita rasa kita hebat n lagi tinggi dr orang lain.Astagfirullah. satu sifat seumpama sya**** . Scary. Tapi inilah realiti kita yg sebenarnya.

Oleh itu untuk menanggalkan kotoran degil yg bernama 'ego' ini dari hati kita, kita kena banyak muhasabah n mendekatkan diri pd Allah

Selain taubat nasuha. Ada banyak benda kita boleh lakukan untuk dekat dengan Allah. Hatta benda remeh-temeh spt:
-tolong ibu n ayah kat rumah buat kerana Allah
pun boleh jadi hati kita ini boleh 'melting' dengan kasih sayang serta Rahmat dr DIA. Alhamdulillah.

Nak lagi superb hati? join la OWSEM USRAH yuk :D

Akhir kata terimalah wahyu cinta dr surah Ar-Rad ayat 11:

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya"
 gambar cilok kat fb.hehe. bahagia itu tidak hanya di hujung jalan, bahagia ada di sepanjang jalan-ustaz pahrol